بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
-PRASEKOLAH-
- MATLAMAT
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
- OBJEKTIF
- Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
- Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
- Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama.
- Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
- Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
- Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.
- Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
- KONSEP
Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.
- VISI
"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"
- MISI

No comments:
Post a Comment